- Huruf Mad dibuang pada ketika ingin menyambung bacaan sahaja apabila terdapat huruf Hamzah yang bersambung selepas huruf Mad. Ia dibuang pada bacaan sahaja tidak pada tulisan kerana biasanya ia tercatat di dalam al-Quran seperti:( إذا الشمس كورت ).
Kadangkala huruf Mad dibuang pada bacaan sambung dan berhenti kerana ianya tidak tercatat di dalam tulisan apabila terdapat selepasnya huruf Hamzah yang bersambung. Contohnya membuang huruf Ya' dari kalimah:( تحي )di dalam ayat al-Quran:( ربي أرني كيف تحي الموتى ).
- Untuk menyelesaikan pertemuan dua huruf yang bersukun, perlu dibariskan huruf Sukun yang pertama sama ada dengan baris atas, baris bawah atau baris hadapan.
a. Baris Bawah
Huruf Sukun yang pertama dibariskan dengan baris bawah (untuk mengelakkan) pertemuan dua huruf Sukun jika sekiranya huruf Sukun pertama di akhir kalimah pertama dan huruf Sukun kedua ialah Hamzah Wasal, berada pada awal kalimah kedua. Di dalam keadaan ini huruf Sukun yang pertama dibariskan dengan baris bawah dan Hamzah Wasal digugurkan di dalam bacaan. Contohnya( قل أدعوا الله )keadaan demikian bukanlah dalam bentuk huruf tersebut berbaris atas dan hadapan. Perhatian penting: Nun yang terbit dari Tanwin jika terdapat Hamzah Wasal selepas Nun Tanwin, Nun tersebut dibariskan dengan baris bawah dengan syarat huruf yang berbaris ini dibaca di dalam keadaan sambung sahaja contohnya Tanwin dalam kalimah( عادا )di dalam ayat( عادا الأولى )dan Lam( الاسم )yang terdapat di dalam surah al-Hujurat kerana ia terletak antara dua huruf Hamzah yang bersambung, oleh sebab itu Huruf Lam dibariskan dengan baris bawah untuk mengelakkan dari bertemu dua Sukun.
b. Baris Atas
Huruf Sukun pertama dibariskan dengan baris atas (untuk mengelak dari bertemu dua Sukun) di dalam dua keadaan iaitu: Pertama: Nun di dalam kalimah( مِن )jika terdapat selepasnya Hamzah yang bersambung seperti:( وأنا على ذلكم من الشاهدين ).
Kedua: Huruf Ya' (ganti nama kepada orang yang bercakap), apabila terdapat Hamzah yang bersambung selepasnya seperti:( أذكروا نعمتي التي أنعمت عليكم )
c. Baris Hadapan
Terdapat dua keadaan (untuk mengelak dari bertemu dua huruf Sukun) yang membolehkan Sukun pertama dibariskan dengan Dhammah: Pertama: Huruf Wau yang menunjukkan kepada bilangan ramai apabila terdapat selepasnya Hamzah Wasal contohnya:( فتمنوا الموت إن كنتم صادقين ).
Kedua: Huruf Mim yang menunjukkan kepada bilangan ramai apabila terdapat selepasnya Hamzah Wasal contohnya:( وسخر لكم الليل والنهار ).
Tidak ada komentar:
Posting Komentar